Monday, February 23, 2009

Guru Besar SKKB2

EN HUSIN BIN DERAMAN

Selamat Kembali ke Sekolah

4 Januari 2009, bermulalah sesi persekolahan 2009. Guru dan murid hadir ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru. Beberapa orang guru telah bertukar ke sekolah lain, antaranya
Cikgu Hanisah, Cikgu Jaafar dan Ustazah Masturah. walau apa pun semoga kalian gembira dan sukses selalu. Sekolah menerima beberapa orang guru baru dan kami ucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat. Semoga Skkb2 terus maju di bawah pimpinan guru besar En. Husin bin Deraman.
Pengumuman UPSR 2008

Alhamdulillah kami bersyukur kerana ada peningkatan dalam pencapaian UPSR 2008
berbanding 2007. Tahniah! kami ucapkan kepada 6 orang yang berjaya memperolehi
keputusan cemerlang 5A, mereka ialah Nur Idayu, Siti Nor Solehah, Nur Tasnim, Mohd Abdul Hakim, Fatin Nadiana dan Che Nur Azmina.

Monday, July 28, 2008

GOTONG-ROYONG PERDANA SKKB2 2008

Program gotong-royong Perdana telah diadakan pada 26 Julai 2008
Semua guru dan murid terlibat. Matlamat program ini diadakan
adalah untuk menceriakan kawasan sekolah dan menanam sifat
cintakan kebersihan dan sentiasa memastikan persekitaran sekolah
sentiasa ceria dan bersih.

Wednesday, July 23, 2008

Program Mentor & Menti






Murid tahun 6 diagihkan kepada mentor masing-masing
pada 13 Julai 2008. Program ini diadakan semata-mata
untuk memastikan target sekolah akan tercapai dan para
pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang, seiring dengan
impian dan harapan kami, warga guru skkb2

SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT PELAJAR SKKB 2



Dengan iringan doa yang tulus ikhlas mengharapkan kejayaan
Putra-putri Sk. Kedai Buloh 2,dalam peperiksaan UPSR 2008

LDP2 Dalam Kenangan