Monday, February 23, 2009

Guru Besar SKKB2

EN HUSIN BIN DERAMAN

Selamat Kembali ke Sekolah

4 Januari 2009, bermulalah sesi persekolahan 2009. Guru dan murid hadir ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru. Beberapa orang guru telah bertukar ke sekolah lain, antaranya
Cikgu Hanisah, Cikgu Jaafar dan Ustazah Masturah. walau apa pun semoga kalian gembira dan sukses selalu. Sekolah menerima beberapa orang guru baru dan kami ucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat. Semoga Skkb2 terus maju di bawah pimpinan guru besar En. Husin bin Deraman.
Pengumuman UPSR 2008

Alhamdulillah kami bersyukur kerana ada peningkatan dalam pencapaian UPSR 2008
berbanding 2007. Tahniah! kami ucapkan kepada 6 orang yang berjaya memperolehi
keputusan cemerlang 5A, mereka ialah Nur Idayu, Siti Nor Solehah, Nur Tasnim, Mohd Abdul Hakim, Fatin Nadiana dan Che Nur Azmina.