Monday, July 28, 2008

GOTONG-ROYONG PERDANA SKKB2 2008

Program gotong-royong Perdana telah diadakan pada 26 Julai 2008
Semua guru dan murid terlibat. Matlamat program ini diadakan
adalah untuk menceriakan kawasan sekolah dan menanam sifat
cintakan kebersihan dan sentiasa memastikan persekitaran sekolah
sentiasa ceria dan bersih.

Wednesday, July 23, 2008

Program Mentor & Menti






Murid tahun 6 diagihkan kepada mentor masing-masing
pada 13 Julai 2008. Program ini diadakan semata-mata
untuk memastikan target sekolah akan tercapai dan para
pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang, seiring dengan
impian dan harapan kami, warga guru skkb2

SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT PELAJAR SKKB 2



Dengan iringan doa yang tulus ikhlas mengharapkan kejayaan
Putra-putri Sk. Kedai Buloh 2,dalam peperiksaan UPSR 2008

LDP2 Dalam Kenangan




KURSUS PENDEDAHAN SISTEM PEMARKAHAN

Berlangsung pada 19 Julai 2008. Melibatkan semua guru SKKB2.
Hasil kursus, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang
atau subjek masing-masing. Kursus ini juga dapat menyemai ikatan
silaturrahim dalam kalangan guru. Selain itu,para guru turut merasa
enjoy biarpun terpaksa ke sekolah pada hari cuti.

Situasi dalam makmal komputer





Wow, tengok tu!
Sibuknya mereka berbincang untuk menyiapkan
tugasan yang diagihkan.

Tuesday, July 22, 2008

Kursus P&P berasaskan ICT

Tanggal 12 Julai 2008 sekolahku telah menganjurkan Kursus LDP di Makmal Komputer sekolah.Kursus ini melibatkan semua guru. hasil daripada kursus ini guru-guru dapat mendalami ilmu ict secara lebih mendalam. Selain itu mereka dapat mempelajari cara email dan pelbagai lagi. Ternyata kursus sebegini memberi banyak faedah dan boleh melahirkan insan guru yang serba boleh. Semoga sekolahku terus maju seiring dengan peredaran masa dan tuntutan negara.

Kenangan d BTPN PC

Sunday, June 29, 2008

Kem Kecemerlangan UPSR di BTPN

Kursus Berasaskan ICT telah diadakan di BTPN Kelantan pada 29,30 & 31 Mei 2008. Seramai 82 calon UPSR terlibat dan guru menjadi fasilitator. Dalam program ini murid didedahkan dengan penggunaan ict dalam p&p. selain itu, calon turut didedahkan dengan teknik menjawab soalan upsr dengan betul oleh pakar dalam subjek masing-masing.